|
Laman web ini dibangunkan oleh peserta-peserta Kursus Dalam Perkhidmatan (KDP14M) Komputer Dalam Pendidikan, Ambilan Jun 2000, Maktab Perguruan Batu Pahat, Johor dengan kerjasama pensyarah-pensyarah Unit Teknologi Maklumat MPBP.
Semoga dengan terbinanya laman web ini kita sama-sama dapat berkongsi idea dan pengetahuan serta maklumat berkaitan dunia pendidikan khususnya dalam Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer selaras dengan penubuhan Sekolah Bestari.
Dalam era globalisasi dan ledakan maklumat kini, penggunaan komputer dalam kehidupan seharian semakin ketara dan penting. Perkembangan pesat teknologi memungkinkan P & P dilaksanakan secara vertual atau maya. Sejajar dengan itu, kita seharusnya menyediakan diri kita dengan pengetahuan berkaitan dengan IT dan komputer. Semoga suatu hari nanti kita bukan sahaja sebagai pengguna dalam teknologi maklumat ini, tetapi sebagai penyumbang ke arah membudayakan IT di Sekolah Bestari.
Selamat menyusuri dan melayari laman Komputer
Dalam Pendidikan. Salam takzim untuk semua.
"Kenal IT, Sayang IT, Cinta IT. IT Budaya Kita".
Sebarang pertanyaan sila hubungi:
web
master
![]()
jdx1800@hotmail.com
ANDA MERUPAKAN PENGUNJUNG
KE
Sesuai untuk paparan resolusi
600 x 800
menggunakan browser
Internet Explorer 4 ke atas
Dikemaskinikan
pada 04 November 2000