PENGAJARAN BAHASA MELAYU
                     BERBANTUKAN KOMPUTER

  Pengenalan
 
Teknologi maklumat adalah alat komunikasi seperti sistem komputer yang jika dipergunakan dengan sebijak-bijaknya akan dapat membantu pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah-sekolah. Dengan mengaplikasikan teknologi maklumat yakni komputer, sudah tentulah kaedah pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu akan berubah yang mana akan dapat memantapkan dan memperkembangkan pengajaran bahasa. Dalam ruangan ini, kita akan membincangkan bagaimana komputer digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu khususnya di sekolah rendah.

Apabila pengajaran bahasa menggunakan teknologi maklumat, sudah tentu perkaedahan pengajarannya turut berubah. Pembelajaran dijalankan  secara interaktif dan koloboratif serta bentuk pengajaran ini dapat menghasilkan murid yang sedia menganalisis maklumat secara kreatif dan kritis. Di bawah ini akan dibincangkan faktor-faktor penting apabila teknologi maklumat atau komputer diaplikasikan dalam pengajaran Bahasa Melayu.

1. Interaksi Murid
2. Bahan pengajaran dan pembelajaran
3. Pembelajaran berpusatkan murid.
4. Pembelajaran kendiri
5. Pentadbiran kelas.

[Halaman Utama]  [Interaksi]  [Bahan P &P]
[Pembelajaran berpusatkan murid]
[Pembelajaran kendiri] [Pentadbiran kelas]