PPBK DALAM PENGAJARAN
MATEMATIK KBSR

DISEDIAKAN OLEH:
PN MASHITA BTE MAHADI
CIK NAPIYAH BTE MOHD TALIB
CIK SHAMSIAH BTE ABDULLAH


        Penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer
(PPBK) dalam matapelajaran Matematik boleh diaplikasikan dengan pelbagai cara melalui
penggunaan perisian-perisian yang sesuai seperti internet,hamparan elektronik (MS Office)
dan aksessori yang terdapat di dalam komputer seperti kalkulator.  Teknik pengajaran boleh
dipelbagaikan melalui  tutorial, latih tubi, simulasi, permainan, penyelesaian masalah dan
lain-lain lagi.

Teknik Pengajaran.

1.    Tutorial

        Melalui kaedah tutorial, guru perlu menyediakan pakej-pakej pengajaran
        seperti dalam bentuk persembahan ( MS Power Point ) untuk menerangkan
        konsep-konsep asas dalam Matematik seperti fakta asas, peratus, pecahan
        dan lain-lain lagi.  Guru juga boleh menyediakan soalan-soalan berdasarkan isi
        pelajaran yang berkaitan.

2.    Latih tubi

        Kaedah latih tubi merupakan salah satu latihan atau gerak kerja yang penting
        dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik.  Ia dapat memberi  gambaran
        sejauh mana penguasaan murid terhadap sesuatu kemahiran yang dipelajari.
        Di pasaran terdapat banyak perisian-perisian yang dijual di kedai yang sesuai
        mengikut objektif pelajaran terkini.
        Kaedah ini boleh dijalankan secara pengajaran berkumpulan, berpasangan dan
        individu. Ia juga boleh dilakukan di dalam kelas atau dibawa ke rumah sebagai
        latihan kerja rumah. Selain itu, murid-murid juga boleh menggunakan kalkulator
        yang terdapat pada aksessori bagi menyelesaikan sesuatu pengiraaan.

3.   Permainan

        Pengajaran Matematik boleh juga dilakukan secara kaedah permainan.  Melalui
        kaedah ini guru dapat menarik minat murid.  Dengan menggunakan
        kaedah ini melalui komputer, murid-murid akan merasa lebih seronok dan
        gembira kerana dilampirkan dengan pelbagai bentuk grafik yang menarik.  Oleh
        itu melalui kaedah ini objektif pengajaran dan pembelajaran akan lebih mudah
        tercapai.

4.    Penyelesaian Masalah

        Penyelesaian masalah merupakan kaedah pengajaran yang sesuai dalam
        pelajaran Matematik  bagi menguji penguasaan murid-murid dalam kemahiran
        yang dipelajari.  Melalui kaedah ini guru boleh menyediakan pakej pembelajaran
        yang mengandungi data-data yang perlu diselesaikan oleh murid.    Melalui
        kaedah ini juga dapat melatih murid-murid membuat analisis masalah.
        Contohnya guru menyediakan pemasalahan berbantukan komputer dan
        murid menyelesaikan masalah tersebut berbantukan komputer samada
        secara individu ataupun berkumpulan.
 
 

Contoh-contoh Perisian PPBK Di Pasaran

    Terdapat pelbagai jenis perisian yang boleh digunakan sebagai bahan
        pengajaran dan pembelajaran.  Di antara perisian-perisian yang sesuai bagi
        matapelajaran Matematik seperti:

          i)    Fun Math With Arti Level 1/Level 2

               Perisian ini dapat memperbaiki  kemahiran Matematik dengan cara
               menyeronokkan dengan penggunaan elemen bunyi dan grafik yang
                     berwarna-warni.

          ii)   Counting With Arti

                     Perisian ini mengandungi kemahiran mengira,menulis, menyesuaikan
                     dan menyusun nombor.   Di samping itu murid-murid juga boleh
                     menambah, menolak dan membuat perbandingan nombor.  Di dalam
                     perisian ini juga mengandungi 6 permainan pembelajaran yang
                     menarik.

            iii)    Matematik Metalogix1

                    Perisian ini merupakan satu perisian pembelajaran yang berkesan
                    di mana ia mengandungi pelajaran Matematik dengan  nota akademik
                    yang sistematik  dan komprehensif.   Teknologi multimedia interaktif
                    terkini dapat membentuk pemahaman, menarik minat dan merangsang
                    daya serap mental murid.  Ia juga mengandungi permainan   yang
                    menarik dan menyeronokkan.

            iv)    Cerdas IQ

                    Melalui perisian ini, ia dapat menolong  murid-murid mencapai
                    kecemerlangan dengan  menggunakan teknik  multimedia.  Merupakan
                    perisian Multimedia Educational Courseware(MEC) yang canggih
                    mengikut sukatan KBSR Malaysia.
 
 


Alamat URL untuk rujukan.

            Terdapat banyak maklumat yang boleh kita dapati melalui internet yang boleh digunakan untuk membantu guru atau murid bagi pengajaran dan pembelajaran Matematik.  Samada  berupa isi pelajaran, permainan, latihan, penerangan dan sebagainya.

            Di  antara alamat-alamat  yang boleh digunakan  seperti:

            1.    Math Form:  http://form.swasthouse.edu/

            2.    The National Council of Teacher of Maths.

                    http://www.nctm.org/lindex/page.htm

            3.    Teaching WithTechnology

                    http://www.wam.umd.edu/mlhall/teaching.html

            4.    Solving Maths  Problem

                    http://forum.swarthore.edu/pow2/index.html

            5.    Mega Math

                    http://www.c3.land.gove/mega-math

            6.    MASA's Internet In The Classroom
                    http://qusst.arc.masa.gov/interactive.html

            7.    TERE

                    http://hub.terc.edu/

                    Satu organisasi penyelidikan untuk mempertingkatkan prestasi
                    pengajaran dan pembelajaran.

            Perisian-perisian untuk membina pakej pengajaran dan pembelajaran

            Antara perisian-perisian yang sesuai untuk membina pakej pembelajaran
            ialah
                        i )    MS Office
                                - MS Words
                                - MS Excel
                                - MS PowerPoint

                        ii)    Authorware

                        iii)    Print Artist 4.0

            Contoh pengajaran dan pembelajaran Matematik yang menggunakan
            perisian MS Power Point. Sila klik di sini