Pengajaran Sains Berbantukan Komputer

Disediakan oleh:
Mohd. Noor bin Ahmad
Mohd. Jamil din Dirin
Kamarudin bin Mohamed

14 MINGGU KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN
Ambilan Jun 2000
Maktab Perguruan Batu Pahat

MUKADIMAH:

                 Di permulaan alaf ke 21, kita dapat merasai bahang perubahan globalisasi beroperasi di dalam hampir ke semua bidang seperti perdagangan, perindustrian, perlancongan, dan juga pendidikan. Globalisasi ini berlaku dengan lebih pantas melalui penggunaan teknologi maklumat, media elektronik, dan juga media cetak. Sudah tiba masanya satu usaha untuk memantapkan pengetahuan sains, meningkatkan kemahiran proses sains, pengaplikasian pengetahuan sains, dan mempertingkatkan pengajaran sains, kita harus bergerak seiring dengan arus pembaharuan di dalam pengajaran itu sendiri.

                 Teknologi Maklumat adalah alat komunikasi seperti sistem komputer, sekiranya digunakan dengan sebijaknya akan dapat membantu pengajaran dan pengembangan pengetahuan sains serta melahirkan suatu generasi pelajar yang berilmu pengetahuan sains di samping nilai-nilai murni.

                 Berteraskan penggunaan teknologi maklumat melalui komputer, bentuk kaedah pendidikan sains akan berubah serta lebih menyerupai bentuk pendidikan alaf ke 21. Di mana hampir keseluruhannya akan mempraktikkan teknologi ini di dalam pengajaran.


TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENGAJARAN SAINS:

                 Di alaf ke 21 ini begitu banyak sekolah-sekolah di negara maju telah mengapliksikan teknologi malumat di dalam pentadbiran dan pengajaran sekolah mereka. Sekolah-sekolah ini dipanggil 'Lamppost schools' atau 'model technology schools' seperti Queen Ann di New York dan Sekolah Waterford di Orem Utah, di mana pengajaran dan pembelajaran menggunakan teknologi maklumat telah dijalankan dengan jayanya untuk matapelajaran bahasa dan matapelajaran lain-lainya (Van Horn,1991). Sekolah-sekolah ini menjalankan pengajaran dan pembelajaran berbentuk maya telah menjadi ikutan dan dipraktikan oleh sekolah lain. Di dalam sistem pendidikan di negara kita pengajaran dan pembelajaran maya ini baru mula dipraktikkan.

                Di dalam perancangan projek sekolah Bestari, 4 mata pelajaran untuk semua peringkat iaitu, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, dan Matematik akan dilakukan secara menggunakan komputer multimedia. Bahan pembelajaran dan pengajaran menggabungkan teks dan perisian yang akan disalurkan melalui rangkaian Inernet dan dibangunkan supaya dapat membantu pelajar mengikut tahap kemahiran dan kelajuan pembelajaran masing-masing. Ia adalah satu langkah yang berani Kementerian Pendidikan untuk menggabungkan teknologi     m-aklumat di dalam sistem pendidikan negara. Ini merupakan satu tranformasi pendidikan dari berbentuk konvensiol di mana guru dan buku teks adalah sumber maklumat dan pemberi maklumat kepada bentuk maya iaitu menggunakan teknologi maklumat: peralatan teknologi komunikasi atau sistem rangkaian elektronik dan komputer yang digunakan untuk mengumpul, menyimpan, memproses, menyalur, dan menyampaikan maklumat kepada pelajar (Laudon dan Laudon 1996). Maklumat dan pengetahuan ini kemudiannya digunakan, diolah, dan dimanfaatkan oleh pelajar dan guru.

                 Projek perintis sekolah Bestari ini akan dimulakan pada tahun 1999 di mana 99 sekolah akan dipilih untuk diperkenalkan kepada sistem pembelajaran Bestari iaitu menggunakan komputer multimedia dan Internet sebagai  alat bantuan mengajar dan pembelajaran. Peringkat pertama seramai 85 000 pelajar akan terlibat dan konsep pembelajaran Bestari ini akan direncanakan dan dikembangkan secara berperingkat-peringkat. Peringakat kedua di dalam tahun 2000 lebih kurang 500 buah sekolah yang melibatkan 300 000 pelajar akan dijadikan sekolah Bestari. Dianggarkan pada tahun 2010, kesemua sekolah di Malaysia akan dijadikan sekolah Bestari. Ini melibatkan lebih kurang 5.8 juta pelajar dan 450 000 guru. 


PERUBAHAN KAEDAH PENGAJARAN SAINS:

                 Pengajaran sains melalui teknologi maklumat akan mengubah secara keseluruhannya pengkaedahan pengajaran sains di sekolah. Pengajaran dan pembelajaran sains dapat dipraktikkan secara interaktif dan koloboratif, bentuk pengajaran akan dapat menghasilkan pelajar yang sentiasa melakukan eksperimen, mengaplikasi pengetahuan dan pengalaman serta dapat membuka fikiran secara kreatif dan kritis. Faktor-faktor yang mengalami perubahan apabila teknologi maklumat diaplikasikan di dalam pengajaran sains adalah seperti berikut:

                 Faktor pertama ialah bentuk interaksi. Pengajaran sains yang menggunakan teknologi maklumat akan dapat membantu interaksi pelajar lebih interaktif dan spontan. Soalan-soalan yang terkandung di dalam perisian-perisian kursus  dan melalui tlian internet mempunyai maklumbalas yang tepat dan cepat. Pelajar dapat mengetahui serta-merta jawapan yang mereka berikan samada betul atau salah. Mereka akan diberi penerangan lanjut dan bantuan sekira jawapan mereka salah yang terdapat dalam talian tersebut. Pujian atau ucapan tahniah yang berbentuk galakkan dan rangsangan minda kepada pelajar akan dipaparkan pada skrin. Interaksi ini merupakan interaksi dua hala di antara pelajar dengan komputer.

                 Faktor kedua ialah bentuk bahan pengajaran dan pembelajaran sains boleh diprogramkan di dalam bentuk multimedia. Bahan maklumat disampaikan secara data, teks, imej, video, animasi, bunyi, dan suara. Kemudahan multimedia ini membuatkan teks yang dibaca lebih menghiburkan dan seronok kerana ianya disampaikan dengan animasi dan bunyi. Kaedah ini membantu situasi pengajaran dan pembelajaran sains lebih berkesan dan hidup. Penerangan sesuatu konsep, prinsip, dan fakta dapat dilakukan dengan lebih mudah, berkesan, dan menarik dengan kemudahan multimedia. Penggunaan teknologi maklumat dapat membantu membawa alam kehidupan ke dalam bilik darjah dan menjadikan proses pembelajaran lebih realistik. Guru-guru dan pelajar juga didedahkan kepada satu himpunan ilmu yang boleh dimanfaatkan untuk pendidikan.

                  Faktor ketiga ialah aktiviti kelas lebih berpusatkan kepada pelajar. Teknologi maklumat membolehkan tumpuan diberikan kepada setiap pelajar dengan tiada sebarang rintangan dan pilihan. Ini selaras dengan kaedah pendidikan di alaf 21 ini yang lebih menumpukan kepada pelajar. Setiap pelajar dapat mengimbangi pembejalaran sains masing-masing dari kecepatan, kemahiran, tahap eksperimen dan tahap latihan. Dari segi kecepatan, pelajar boleh melambatkan atau mempercepatkan pelajaran sains sesuai dengan tahap kefahaman dan kelajuan pembelajaran masing-masing. Dari segi kemahiran, pelajar boleh memilih pelajaran sains sesuai dengan tahap kemahiran mereka iaitu asas, pertengahan atau pengukuhan dan pengkayaan (mahir). Pelajar yangmahir mungkin tidak perlu melaku latihan peringkat asas dan terus melakukan latihan di peringkat pengukuhan dan pengkayaan. Begitu juga sebaliknya pelajar yang lemah perlu menumpukan latihan di peringkat asas. Dari segi latihan pula, pelajar boleh membuat latihan berulang kali atau membuat cubaan menjawab berulang-ulang tanpa merasa malu dan rendah diri jika membuat kesilapan. Pelajaran yang diulang-ulang juga tidak berubah dari segi mutu penyampaiannya.

                 Faktor keempat ialah cara pembelajaran boleh dijalankan di dalam bentuk pembelajaran kendiri. Pembelajaran sains yang menggunakan kaedah tekonologi maklumat akan menjadikan pembelajaran sains boleh dijalankan di mana-mana sahaja dan tidak tertumpu di dalam makmal sains yang formal atau di dalam makmal komputer. Pelajar boleh mengikuti pelajaran sains di rumah, di perpustakaan atau di tempat-tempat lain yang menyediakan perkakasan yang sesuai dan talian internet di dalam suasana yang kondusif untuk pembelajran mereka. Waktu pembelajaran juga tidak terbatas. Dominasi guru dapat dikurangkan dan ini akan membantu  pelajar-pelajar yang malu untuk berinteraksi dan memberi maklum balas di dalam kelas akan merasa lebih selesa berbuat demikian dengan komputer.

                 Faktor kelima ialah dari seig pengurusan kelas. Penggunaan teknologi maklumat membolehkan interaksi pelajar dan guru berlaku samada di luar bilik darjah dan di luar waktu pengajaran. Pelajar, guru, dan pentadbir sekolah boleh berinteraksi dengan mudah dan selesa melalui penggunaan mel elektronik di waktu sekolah dan di luar sekolah. Di bidang pentadbiran, pentadbira sekolah boleh mengendalikan maklumat dan aktiviti guru serta pelajar melalui komputer dengan lebih cekap untuk membantu pengajaran dan pembelajaran. Pentadbiran boleh dilaksanakan tanpa kerta jika kemudahan dan kelengkapan teknologi maklumat disediakan secara menyeluruh. Komputer juga membolehkan guru menyimpan rekod peribadi dan pencapaian setiap pelajar dari hari pertama persekolahan sehinggalah mereka tamat persekolahan.

                 Faktor keenam ialah dari segi penilaian yang berbentuk komprehensif. Penggunaan komputer membolehkan penilaian dijalankan di dalam talian di mana ianya adalah lebih komprehensif. Teknologi maklumat berupaya membantu para guru membuat set penilaian, menjalankan penilaian dan menilai set soalan penilaian mereka dan membolehkan pelajar menjawab soalan-soalan berkenaan. Soalan-soalan yang dberikan kepada pelajar boleh dianalisis dan soalan-soalan sains itu boleh dikumpulkan dalam bentuk bank soalan. Kaedah penilaian ini dikenali sebagai penilaian komputer. Penilaian dalam talian ini juga membolehkan pelajar memilih permasalahan untuk diselesaikan dan cara maklumat tertentu. Kerja ini boleh dilaksanakan secara berkumpulan atau individu. Pelajar akan dinilai dari segi kebolehan mereka menilai maklumat, menggunakan maklumat, dan mempersembahkan maklumat mereka dalam bentuk laporan atau persembahan.

                 Faktor ketujuh ialah peranan guru sebagai pembimbing cara ilmu. Peranan guru sains adalah lebih cenderung sebagai facilitator dan juga pengemudi ilmu. Tugas guru yang menggunakan teknologi maklumat ialah membantu pelajar untuk mencari maklumat, menyusur laman web yang berkaitan dan menggunakan makluamt yang tersedia untuk menyelesaikan masalah. Para guru juga berperanan sebagai pembantu makmal yang dapat membantu pelajar dari segi teknikal. Di dalam kelas-kelas yang tidak melibatkan eksperimen guru sains tidak perlu hadir di dalam kelas. Semua arahan dan maklumat boleh didapati di dalam komputer dan pelajar hanya perlu mengikut arahan yang diberikan di dalam talian. Ini membolehkan lebih ramai pelajar dapat mengikuti pelajaran sains ini serta dapat membantu mengembangkan kefahaman pelajar tentang konsep, prinsip, dan fakta sains. Waktu terhad untuk pelajar berjumpa dengan guru di dalam kelas boleh digunakan untuk urusan konsultasi ataupun membantu pelajar mengatasi masalah kefahaman sains pelajar dari kemahiran proses sains, kaedah menjalankan eksperimen boleh diberikan perhatian oleh guru dengan lebih teliti.

                 Justeru itu, guru-guru sains adalah perlu lebih peka dan sentiasa bersedia untuk menggunakan teknologi maklumat ini supaya tidak ketinggalan dengan era baru pendidikan di abad ke 21 ini. Guru-guru harus berani dalam menggunakan kemudahan teknologi maklumat yang sedia ada agar pengajaran dan pembelajaran dapat berkembang dan bergerak searah perkembangan teknologi maklumat.


CADANGAN:

KURSUS KOMPUTER DI DALAM PENDIDIKAN UNTUK PARA GURU

                 Para guru sains haruslah diberi peluang dan pendedahan yang sewjarnya berkaitan dengan penggunaan teknologi maklumat agar warga pendidik ini dapat menangani cabaran-cabaran de dalam pengajaran maya ini. Kursus-kursus yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan ataupun Jabatan Pendidikan Negeri haruslah dijalankan dengan lebih bersesuaian dan bukan hanya setakat tertumpu kepada latihan menggunakan program aplikasi seperti pemprosesan perkataan dan hamparan elektronik sahaja. 

                
Walaupun ada program-program latihan di dalam perkhidmatan yang ditawarkan oleh beberapa institusi seperti di Institut Aminudin Baki, dan Pusat Teknologi Pendidikan dan Media Universiti Sains Malaysia, keberkesanan kursus ini masih terhad dan peluang untuk guru-guru bahasa mengikut kursus ini perlu diperluaskan lagi.


KELENGKAPAN KEMUDAHAN:

                 Kelengkapan dan kemudahan perkakasan internet di sekolah-sekolah rendah perlulah disediakan untuk kemudahan para guru dan para pelajar untuk menggunakannya. Walaupun kos persediaan kemudahan ini tinggi tetapi ia adalah sesuatu keperluan dan sudah pasti hasil pulangannya juga diharapkan memuaskan.Berdasarkan daripada hasil kajian yang dijalankan, dari 99 buah sekolah yang dikaji hanya 1 buah sekoah sahaja yang mempunyai makmal komputer yang lengkap dengan lebih dari 30 unit komputer IBM sepadan. Majoriti sekoah yang dikaji iaitu 74.7% mempunyai kurang daripada 10 unit komputer. Ada 4 % sekolah yang dikaji tidah mempunyai komputer langsung dan ada sekolah-sekolah di luar bandar yang tidak mempunyai kemudahan elektrik. Kesulitan ini secara langsung akan membantutkan usaha untuk mengintergrasikan teknologi maklumat di dalam pendidikan sains dan secara langsung ketujuh-tujuh perubahan dari segi kaedah pengajaran seperti yang telah dinyatakan akan tergendala.

                 Dari segi prasarana, kemudahan internet juga adalah terhad. Walaupun sekolah-sekolah mempunyai komputer, kebanyakkan komputer ini adalah komputer dengan spesifikasi yang rendah, tiada kemudahan multimedia dan internet. Ini secara langsung menghadkan aktiviti guru dan pelajar. Komputer adalah satu teknologi maklumat. Ketiadaan kemudahan multimedia dan internet menghadkan pencarian dan pengolahan maklumat. Oleh itu bilangan perkakasan di sekolah-sekolah rendah perlulah dipertingkatkan dan jenis komputernya perlulah bersesuaian dengan keperluan perisian yang semakin tinggi dan aktiviti pencarian maklumat melalui internet.

                  Aspek lain yang penting juga ialah perisian. Perisian-perisian sains sekolah rendah versi Bahasa Melayu amatlah kurang. Pada masa ini adalah sukar dan terlalu terhad untuk mendapatkan perisian sains tersebut. Ini adalah disebabkan kurangnya penglibatan pakar-pakar sains serta guru sains di dalam projek-projek pembangunan perisian kursus. Kemahiran memprogram yang terhad adalah faktor utama.

                  Di sini disarankan agar pakar-pakar sains dan mereka yang terlibat di dalam bidang pengajaran sains dapat mewujudkan satu kumpulan pembangunan perisian kursus yang terdiri dari pakar sains, pengatur program komputer, dan pereka grafik. Pakar-pakar sains juga boleh bergabung dengan pengeluar dan penerbit perisian pendidikan yang memprogramkan dan seterusnya memasarkan perisian kursus berkenaan. Pusat pengajian tinggi juga perlu membangunkan laman Web berkaitan sains sekolah rendah. Para pendidik yang mempunyai kemahiran perlu menyediakan laman Web berkenaan sains sekolah rendah yagn meliputi bahan-bahan kursus sains. Pusat Pengajian Tinggi dan Kementerian Pendidikan boleh mengadakan pertandingan mereka bantuk perisian sains sekolah rendah untuk menambahkan bilangan perisian ini. Di samping itu pengajaran sains dapat diperkembangkan di dalam negara dan di luar negeri. Pelajaran di dalam perisian adalah mudah diakseskan dan disebarkan. Komputer dan perisian yang baik dapat membantu meningkatkan pengajaran dan pembelajaran sains.    

                  Bilangan pelajar yang mengikuti pelajaran sains boleh ditingkatkan walaupun bilangan guru sains masih kurang. Pembelajaran sains dapat dijalankan di luar kelas formal dan ini merupakan satu strategi untuk memperkembangkan sains versi tersendiri di dalam dan di luar negeri. Pembelajaran kendiri ini membolehkan pendidikan jarak jauh dapat dijalankan melalui rangkaian internet untuk mencakupi pelajar sains yang lebih ramai. Pertandingan mereka bentuk laman Web juga adalah satu aktiviti yang sihat dan menarik serta dapat membantu usaha memperbanyakkan lagi bahan-bahan pengajaran sains di dalam internet.

Sila klik untuk melihat contoh kaedah pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer dalam matapelajaran sains.