PENGAJARAN BAHASA MELAYU
                      BERBANTUKAN KOMPUTER



 
 
 

Interaksi

Pengajaran bahasa Melayu menggunakan teknologi maklumat dapat membantu interaksi pelajar lebih interaktif dan spontan. Soalan-soalan yang diajukan di dalam perisian- perisian kursus dan melalui talian Internet mempunyai maklumbalas yang tepat dan cepat. Pelajar dapat mengetahui jika jawapan yang mereka berikan itu betul atau salah. Jika salah mereka akan diberi penerangan lanjut dan pertolongan dalam talian juga ada disediakan. Jika jawapan mereka betul, pujian yang berbentuk memberi motivasi kepada pelajar akan dipaparkan di skrin. Interaksi ini adalah dua hala di antara pelajar dan komputer.
 
 

[[Halaman Utama]  [Pengenalan]  [Bahan P &P]
[Pembelajaran berpusatkan murid]
[Pembelajaran kendiri] [Pentadbiran kelas]