PENGAJARAN BAHASA MELAYU
                    BERBANTUKAN KOMPUTER


      Pembelajaran Berpusatkan Murid
Dengan komputer, murid boleh mengikut kadar pembelajaran yang tersendiri. Murid yang lemah boleh mengulang bahagian yang perlu seberapa banyak kali yang dikehendaki tanpa menimbulkan rasa malu pada dirinya. Murid yang bijak atau cerdik pula boleh menceburi bidang pengetahuan yang lebih mendalam tanpa menunggu murid yang lemah untuk mengelakkan rasa bosan. Secara individu murid boleh menggunakan headfon semasa membuat latihan.(seperti sajak, syair, pantun dan lainnya) tanpa mengganggu murid lain. Murid juga boleh mengulangkaji mana-mana bahagian pada bila-bila masa kerana dapat mengakses semula perisian yang digunakan di dalam kelas.
 

 


[Halaman Utama]  [Pengenalan] [Interaksi
[Bahan P &P][Pembelajaran kendiri] [Pentadbiran kelas]